Name: Liza Ajang
No. Matrik: 265979
Blog ini diwujudkan untuk memenuhi Tugasan 3: Pembangunan Laman Web/Blog untuk subjek STID 1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan.
No. Matrik: 265979
Blog ini diwujudkan untuk memenuhi Tugasan 3: Pembangunan Laman Web/Blog untuk subjek STID 1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan.
Pada amnya, istilah Orang Ulu boleh ditakrifkan sebagai
penduduk hulu sungai; penduduk asli di kawasan luar Bandar yang mendiami
kawasan pendalaman iaitu kawasan hulu sungai-sungai yang besar di Negeri
Sarawak. Walaupun tidak ada takrifan yang sah dan rasmi, Orang Ulu selalunya
diandaikan untuk merujuk kepada penduduk asli yang tinggal di kampung-kampung
dan rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman Negeri Sarawak. Dengan lain
perkataan “They are largely jungle people for majority of their population
within the great forest of Sarawak.” Di samping itu terdapat sekumpulan kecil
Orang Ulu di Negeri Brunei Darussalam, Sabah dan ramai lagi yang menetap di
Kalimantan.
Orang Ulu adalah satu istilah dari
bahasa Melayu yang telah pun wujud sejak zaman pemerintahan Raja Brooke di
Sarawak. Iaitu satu istilah yang kerap digunakan oleh penduduk hulu sungai ketika
memperkenalkan diri mereka kepada pegawai-pegawai Kerajaan Brooke dahulu.
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kami
Orang Ulu (we the upriver people). Namun istilah ‘Orang
Ulu untuk pertama kalinya digunakan secara rasmi pada tahun 1958, yakni dalam
ordinan Undang-undang Adat Pribumi. Ketika itu penggunaan istilah tersebut hanya
dikhususkan untuk suku kaum Kayan dan Kenyah sahaja. Pada 28 Oktober 1966
istilah’Orang Ulu’ itu muncul sekali lagi dengan penubuhan satu pertubuhan
sosial Orang Ulu National Association (OUNA). Pada kali ini istilah tersebut
mula memasukkan kumpulan kaum pribumi yang lain.
Orang Ulu termasuk
Kayan, suku kaum Kenyah, Kajang,
Kejaman, Punan, Ukit, dan Penan dan baru-baru ini, suku kaum Lun Bawang, Lun
Dayeh dan Berawan dan Kelabit highlanders.
Kebanyakan mereka ini
tinggal di hulu sungai terutama sekali di bahagian Miri, Bintulu dan Limbang. Mereka tinggal di perkampungan
yang terletak jauh dari pusat bandar dan mendirikan rumah panjang sebagai
tempat kediaman mereka.










